Terma & Syarat

Sila baca terma dan syarat berikut sebelum membuat tempahan dengan Momen Muzik.

1. Skop Perkhidmatan

Momen Muzik akan menghasilkan sebuah lagu original berdasarkan maklumat yang dikongsi oleh klien melalui borang hadiah lagu, mengikut spesifikasi pakej yang dipilih.

2. Tempoh Penghantaran

Lagu dijangka siap dalam masa 3-4 minggu selepas pengesahan borang dan penerimaan deposit. Tempoh ini tertakluk kepada kerjasama klien dalam memberikan maklumat yang diperlukan.

3. Bayaran

  • 50% deposit diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki 50% perlu dijelaskan sebelum fail akhir dihantar.
  • Pembayaran melalui bank transfer.

4. Perubahan & Pindaan

  • Satu (1) pusingan perubahan kecil disertakan (perubahan lirik ringan, pelarasan audio).
  • Perubahan besar (penulisan semula lirik, pertukaran genre, rakaman semula vokal, pertukaran vokalis) dikenakan caj tambahan yang akan dimaklumkan terlebih dahulu.

5. Penghantaran

Semua fail dihantar secara digital melalui Google Drive — termasuk fail audio, video, dan/atau PDF mengikut pakej dan add-on yang dipilih.

6. Hakcipta

Lagu dan lirik adalah hakcipta pencipta asal. Klien diberikan hak penggunaan peribadi sepenuhnya — termasuk untuk dimainkan pada majlis, dikongsi secara peribadi, dan dimuat naik ke media sosial peribadi. Hak komersial tidak termasuk.

7. Polisi Bayaran Balik

Deposit tidak dikembalikan selepas kerja penulisan dan produksi dimulakan.

8. Spotify & Platform Streaming

Jika termasuk dalam pakej atau add-on, pengedaran ke Spotify, iTunes dan platform streaming lain mengambil masa 1-2 minggu tambahan selepas lagu siap. Momen Muzik tidak menjamin ketersediaan pada tarikh majlis jika tempahan dibuat kurang daripada 5 minggu sebelum majlis.

9. Persetujuan

Dengan mengisi borang hadiah lagu dan membuat bayaran deposit, klien dianggap telah bersetuju dengan terma-terma yang dinyatakan di atas.

Kemas kini terakhir: 3 September 2026
← Kembali ke Hadiah Lagu