HADIAH LAGU UNTUK YANG TERISTIMEWA

Abadikan cinta, dalam sebuah lagu.

Setiap kisah cinta layak untuk hidup selamanya. Kami hasilkan lagu cinta yang unik tentang anda berdua — sebuah kejutan istimewa untuk yang tersayang, pada majlis anda.

Mulakan Di Sini ↓
Sepasang pengantin baharu berbusana perkahwinan Melayu tradisional, dahi bersentuhan, ketawa bersama

Cinta anda adalah sesuatu yang unik. Ia hanya milik anda berdua.

Jadi kenapa raikan dengan hadiah biasa yang hilang ditelan masa?

Sesuatu yang begitu istimewa selayaknya diabadikan dalam momen yang hidup selamanyadihargai, diingati & diputar semula, sampai bila-bila.

REAKSI SEBENAR

Lihat Momen Istimewa Yang Zid Cipta Untuk Icca

"Nyaman Kita" — Zid & Icca

Bermula dari sekadar ucapan "goodnight" di Instagram, kepada pertemuan pertama yang penuh gementar, sehinggalah detik meraikan hari lahir Icca di Universal Studios, Singapura.

Lewat lagu ini, Zid nak Icca tahu — dia bukan sekadar pasangan, tapi kekuatan dan motivasi terbesar dalam hidupnya.

Walau apa jua ujian mendatang, Zid akan sentiasa di sisinya — menjaga dan menyayangi Icca, selama-lamanya.

Mengapa Sebuah Lagu Adalah Hadiah Yang Amat Sempurna?

Ia Tiada Tarikh Luput

Gambar akan pudar, bunga akan layu — tapi sebuah lagu tiada tarikh luput. Selagi ia dimainkan, selagi itu ia akan hidup.

Ia Milik Peribadi Anda

Tiada yang akan sama dengan kisah anda — kerana setiap lirik, setiap melodi, adalah milik anda berdua sahaja.

Ia Hidup Dalam Jiwa

Sebuah lagu bukan hanya dendangan di telinga, tapi dirasai dalam jiwa. Setiap kali dimainkan, pasti membawa anda berdua ke momen yang paling istimewa.

Sekarang Giliran Anda — Hanya 3 Langkah Mudah

01

Cerita Anda, Kami Dengar

Isi borang ringkas — saat pertama, panggilan manja, perasaan terdalam. Kongsikan pada kami.

02

Kami Tukarkan Jadi Lagu

Melodi dan lirik unik untuk kisah anda — dengan rakaman vokal sebenar (bukan AI), kami ciptakan sesuatu yang benar-benar istimewa untuk anda.

03

Buat Kejutan Untuk Dia

Kami serahkan lagu untuk anda ciptakan momen abadi — sedia untuk kejutan istimewa pada majlis anda.

AUDIO PENUH

Dengarkan Lagu Penuh Klien Kami

Setiap lagu dihasilkan dengan penuh teliti dan kualiti

Dengar di Spotify Kami
REAKSI SEBENAR

Ini Pula Momen Istimewa Lokman & Eryn

"Nadi Hidupku" — Lokman & Eryn

Mereka bertemu hanya dengan niat untuk berkenalan. Dari bertemu sebulan sekali, kepada hampir setiap hari — sehingga tiada siapa dapat pastikan bila "kenal-mengenali" bertukar menjadi cinta.

Apabila Lokman akhirnya meluahkan perasaannya, Eryn menjawab "ya" — tanpa sebarang keraguan.

Sejak itu, Lokman merasakan dunia yang dulunya hitam putih, kini dipenuhi warna di samping Eryn.

TESTIMONI KLIEN

Apa Kata Mereka

Nabilah
Penerima Hadiah

"Words cant describe our feelings. lagu best and kami betul-betul hargai setiap patah perkataan dan melody lagu. Spotify on repeat everyday hahaha! This song really create memories yang istimewa. Kudos to Aliyas, Sam and those invovled!"

Muiz
Pemberi Hadiah

"Lirik dan arrangement music yang catchy dan menarik. Pembawaan terbaik dari singer. Untuk someone yang tak berapa romantik dan reti tunjukkan apa dia rasa. This song helped me express how i feel"

Hakeem
Penerima Hadiah

"Asalammualaikum Momen Music.. Actually this is my first time dapat Birthday Suprise yang macam nii which is laguu yg dicipta khas for me.. Thankss alot to Momen Music for creating this wonderful songg.. to me lagu ni sangat sangat seronokk sebabb lirik diaaa best and perfect gilaa bila masuk dgn background music yang you guys create.. The ideaa mixing all the pictures punn creative sangatt.. what i can say is im so happy sgtsgtt that dayy .. Thanks again !!!"

Yuli
Pemberi Hadiah

"Genuine review yang i mmg nak release from deep inside my heart. Tak pernah terlintas di fikiran ni yang i akan hadiahkan lagu to my loved ones. Kebiasaannya kita akan beri 'material gift' dan ada luputnya, kan? The idea of making a song still a mind blown for me. Momen muzik dah menghasilkan satu masterpiece yang tak ada luputnya. Akan sentiasa hidup dalam diri kami berdua. Kesemua cerita dan memori (gambar) sangat sempurna. Kami masih 'in awe' setiap kali lagu tu dimainkan. A song lets you communicate your feelings in your own words. The gift of a song lasts forever and brings beautiful experiences to both you and the receiver. You will cherish the joy of seeing them smile with happy tears and have memorable moments throughout their lives. So reach out to Momen muzik untuk menghadiahkan 'hadiah' yang akan last forever! Thank you Momen Muzik"

REAKSI SEBENAR

Bila Sebuah Lagu Buat Mereka Menangis

Lihat sendiri reaksi mereka — dan bayangkan pasangan anda di tempat yang sama.

Momen Anda Bermula Di Sini — Pilih Pakej Hadiah Lagu Anda

Pakej Sweet

Permulaan sempurna untuk momen istimewa anda.
RM1,999
  • Ciptaan unik tentang kisah cinta anda
  • Produksi akustik
  • Nyanyian vokal sebenar (bukan AI)
  • Cover art digital
Pilih Pakej Sweet →

Pakej Magical

Momen paling lengkap — didengari, dilihat, dan dikenang selamanya.
RM2,999
  • Semua dalam Pakej Grand
  • Video lirik sinematik dengan foto anda
  • Mesej peribadi (video - dimasukkan dalam video lirik)
  • Art Lagu: Lirik
Pilih Pakej Magical →

Add-on Untuk Jadikan Momen Anda Lebih Istimewa

Mesej Peribadi

Audio suara anda sendiri, diselitkan dalam lagu.

RM50
Video Lirik

Video lirik sinematik dengan foto anda, sedia dimainkan pada majlis.

RM700
Art Lagu: Lirik

Lirik lagu anda, direka khas untuk dicetak dan digantung di rumah. Produk digital sahaja.

RM80
Strim Spotify & iTunes

Lagu anda, rasmi di Spotify, Apple Music dan platform streaming lain.

RM300
Persembahan Live Band

Bawa lagu anda hidup, secara live, pada majlis anda.

Hubungi Untuk Konsultasi
Akan Datang
Art Lagu: Kod Spotify

Bingkai bergaya dengan kod Spotify — imbas untuk main lagu anda bila-bila masa. Produk digital sahaja.

Akan Datang
Art Lagu: Soundwave

Gelombang bunyi sebenar lagu anda, dijadikan karya seni untuk rumah anda. Produk digital sahaja.

Akan Datang
Kenangan Fizikal NFC

Tekan untuk main lagu anda, bila-bila masa — reka bentuk pilihan anda.

Soalan Lazim

Apa maklumat yang perlu diberikan?

Isi borang ringkas kami — kongsikan bagaimana anda bertemu, detik penting, perkara peribadi, perasaan anda, pesanan untuk si dia, dan lain-lain.

Berapa lama masa yang diambil?

Kebanyakan lagu siap dalam masa 3-4 minggu selepas pengesahan borang hadiah lagu. Tempah awal jika majlis anda sudah dekat.

Bagaimana cara bayaran?

50% deposit untuk pengesahan tempahan. Baki 50% sebelum fail akhir dihantar melalui Google Drive.

Bolehkah saya minta perubahan?

Satu pusingan perubahan kecil disertakan — termasuk perubahan lirik ringan atau pelarasan audio. Perubahan besar seperti penulisan semula lirik atau pertukaran genre dikenakan caj tambahan.

Bagaimana lagu dihantar?

Secara digital melalui Google Drive — sama ada fail audio, video, atau PDF, mengikut pakej dan add-on yang dipilih.

Bolehkah saya mainkan lagu ini pada majlis saya?

Sudah tentu — itulah tujuannya. Kami juga boleh bantu anda rancang detik kejutan itu. Untuk pengalaman yang lebih istimewa, pertimbangkan persembahan live band kami — hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Bila lagu saya akan ada di Spotify atau iTunes?

Proses pengedaran ke Spotify, iTunes dan platform streaming lain mengambil masa 1-2 minggu tambahan selepas lagu siap. Jika majlis anda hampir tiba, lagu mungkin belum tersedia pada hari majlis — tetapi fail audio anda tetap sedia untuk dimainkan.

Bagaimana saya cetak Art Lagu saya?

Kami hantar fail digital berkualiti tinggi — anda boleh cetak sendiri di rumah, atau bawa ke kedai cetak pilihan anda untuk hasil terbaik.

Siapa pemilik hakcipta lagu?

Lagu dan lirik adalah hakcipta pencipta asal. Anda diberikan hak penggunaan peribadi sepenuhnya untuk majlis dan kenangan anda.

Apakah polisi bayaran balik?

Deposit tidak dikembalikan selepas kerja penulisan dan produksi dimulakan.

Ini bukan sekadar hadiah lagu untuk pasangan anda. Ini adalah momen yang anda cipta, untuk insan yang paling istimewa dalam hidup anda.

Cipta Hadiah Lagu Sekarang →
Slot terhad setiap bulan